bila lelaki benar benar jatuh cinta
bila lelaki benar benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan hati penuh ikhlas, maka perubahan sikapnya sangat mengejutkan. hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba tiba berubah secara semula jadi selembut kapas.
bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. sekeras manapun hati seorang lelaki dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatla payah. hendak tahu diantara tanda tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat sila lihat di bawah ini..
1 dia bersungguh sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2 dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah menjadi orang yang banyak asalkan kekasihnya tersenyum dan ketawa.
3 dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya dengan penuh ikhlas.
4 dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap luap.
5 dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6 dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7 dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8 dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9 adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10 dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11 dia mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12 dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13 dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14 dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15 dia kerap betanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16 dia tidak akan melayan gadis lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17 dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18 dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19 kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan kekasihnya kembali kepadanya.
20 apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. malah sanggup membunuh jika diberi kebenaran.
21 dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta malah nyawanya sendiri.
22 dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namu jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23 bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
tidak semestinya tepat, namun
banyak yang betul mengenainya..
cintilah lelaki kamu dengan ikhlas.
p/s ; dipetik dari majalah remaja, 1 sept 09